Skim Zakat
Menyelaraskan cukai dengan zakat mengikut Warta Kerajaan bertarikh 1 Januari 2004 kini setiap pembayaran zakat boleh dikurangkan daripada Potongan Cukai Bulanan (PBC).
Keistimewaan skim berkat :
-
Lebih Berkat
- Tertunai kewajipan berzakat yang merupakan salah satu daripada rukun Islam.
- Zakat diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
- Zakat membersihkan jiwa dan harta.
-
Lebih Mudah
- Hanya perlu membuat arahan potongan zakat melalui gaji dan pembayaran zakat akan diuruskan oleh majikan kepada Lembaga Zakat Selangor.
- Tidak perlu bersesak di jalan raya atau di kaunter zakat.
- Tidak mengalami masalah tempat meletak kereta yang terhad.
-
Tidak Membebankan
- Mengeluarkan wang secara ansuran lebih meringankan dan tidak begitu dirasai.
- Bagi anda yang layak dikenakan PCB, anda tidak memerlukan sumber wang yang lain untuk menunaikan zakat kerana anda boleh membuat pelarasan atau memindahkan sebahagian daripada potongan PCB anda kepada zakat.