• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Ahad 25 Jun 2017
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
NISAB 2016: RM12,680.00

HARGA EMAS SEMASA: RM163.14 (NISAB EMAS : 85g)

HARGA PERAK SEMASA: RM2.00 (NISAB PERAK : 595g)

 

KUTIPAN 2016: RM1,234,815.66

(SEHINGGA MAC 2016)


 

AGIHAN 2016: RM699,700.56

(SEHINGGA MAC 2016)


Asnaf Zakat

Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian, UPM melaksanakan pengagihan zakat berdasarkan perjanjian antara UPM dengan Lembaga Zakat Selangor, iaitu, UPM hanya dibenarkan untuk mengagihkan zakat kepada lima daripada lapan asnaf sahaja :

Fakir
Orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat, tinggal dan keperluan-keperluan lain.

Miskin
Orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya meraka teguh mencintai Islam.

Ibnu-Sabil
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat :

  • Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
  • Pengembaraan diharuskan oleh syarak.
  • Fisabilillah
    Tiap-tiap perbuatan/perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.

    Waktu Solat

    • 0
    prev
    next