• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Jumaat 20 Okt 2017
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
NISAB 2016: RM12,680.00

HARGA EMAS SEMASA: RM163.14 (NISAB EMAS : 85g)

HARGA PERAK SEMASA: RM2.00 (NISAB PERAK : 595g)

 

KUTIPAN 2016: RM1,234,815.66

(SEHINGGA MAC 2016)


 

AGIHAN 2016: RM699,700.56

(SEHINGGA MAC 2016)


Dana Wakaf Ilmu UPM

DANA WAKAF ILMU UPM

Wakaf Ilmu UPM adalah satu cara berinfaq dan berwakaf melalui wang tunai dengan menafkahkannya ke dalam Dana Wakaf Ilmu UPM sebagai pemegang amanah dan dengan niat mewakafkannya selama-lamanya kerana Allah S.W.T . demi kepentingan dan kemajuan ilmu.

Dalam konteks Universiti, dana wakaf ilmu UPM bermaksud inisiatif program penjanaan dana di UPM yang menggunapakai kaedah wakaf melalui sumbangan individu, sumbangan korporat, koperasi dan badan bukan kerajaan, pulangan dari hartanah wakaf, hasil projek sektor pertanian dan perladangan, hasil projek sektor perindustrian dan pulangan portfolio pasaran wang dan modal bertujuan untuk mewujudkan suatu infrastruktur jangka panjang yang lestari bagi memenuhi sebahagian keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik melibatkan Warga UPM.

MATLAMAT DANA WAKAF ILMU UPM

Menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan derma.

Menyuburkan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti kebajikan dan beramal jariah.

Memainkan peranan sebagai pemudahcara dan pengurus amalan kebajikan dan dakwah.

Selain daripada terlibat dan menjadi penggerak serta penganjur kepada kelestarian amalan sedekah jariah dan berinfak. Menerusi inisiatif ini, Universiti juga dapat menjana dana dari sumbangan berwakaf atau endowmen (dalam bentuk sumbangan derma dan hadiah). Sumbangan dana wakaf dan infak/endowmen ini dapat disalurkan kepada pembangunan aktiviti akademik dan pengimarahan ilmu di Universiti. Inisiatif ini juga akan membolehkan universiti menerima sumbangan dana melalui sumbangan tunai dan dimanfaatkan kepada pembiayaan perolehan fasiliti dan kemudahan yang diperlukan bagi aktiviti akademik, pembangunan pelajar dan penyelidikan.

Tambahan pula, perolehan dana wakaf dan infak, selain daripada dapat menggembeling sumbangan semua peringkat warga kampus, alumni dan masyarakat serta badan korporat, dalam jangka panjang, Universiti juga dapat menyemarakkan lagi penyertaan masyarakat secara berkongsi dan beramal jariah bagi menampung keperluan pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM.

Walaupun penjanaan dana ini menggunakan konsep wakaf, penerimaan sumbangannya bukan terhad untuk diperolehi daripada individu dan organisasi milik orang Islam sahaja. Individu dan organisasi milik bukan Islam juga terbuka dan boleh memberi sumbangan kepada tabung ini. Perkara ini selaras dengan matlamat program penjanaan dana bertujuan menggembeling sumbangan masyarakat keseluruhannya dalam bentuk derma dan endowmen bagi pemajuan dan pengimarahan ilmu di Universiti, dan manfaatnya bakal dinikmati oleh semua tanpa mengira Agama.

Dana ini juga akan digunakan untuk aktiviti dan projek khusus yang berkaitan dan dapat menambahbaik bukan sahaja kepada pengimarahan dan peranan institusi wakaf, malahan turut dapat memberi impak kepada input kekal bagi pengimarahan dan pemajuan ilmu seperti pembinaan fasiliti akademik / pembelajaran, projek khusus dan kemudahan amali pelajar (seperti wakaf pokok (pembangunan semula tanaman seperti projek ladang / dusun), wakaf prasarana penyelidikan dan penerbitan, projek penginapan musafir dan lain-lain.

PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Setiap penderma dan pewakaf Dana Wakaf Ilmu UPM berhak menerima pengecualian cukai pendapatan dibawah seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967 (No. Rujukan : HQ162/1888 44(6) Warta kerajaan 7613).

Semoga Allah S.W.T menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada warga UPM di atas segala amal kebajikan yang dilakukan. Amin

Wakaf

Waktu Solat

  • 0
prev
next