Agihan Manfaat Wakaf
Sehingga kini, Jawatankuasa Pemegang Amanah Dana Wakaf Ilmu UPM telah meluluskan empat (4) cadangan agihan manfaat wakaf yang telah dijenamakan sebagai Skim Wakaf Pendidikan dan Skim Wakaf Penerbitan, seperti berikut –
Skim Wakaf Pendidikan
(i) Bantuan “DERMASISWA ASASI” pelajar laluan pantas Pusat Asasi Sains Pertanian; dan
(ii) Bantuan “DERMASISWA PENYELIDIKAN” pelajar tahun akhir program ijazah sarjana muda.
Skim Wakaf Penerbitan
(i) Jualan/Wakaf Mushaf “AL-QURAN” (Waqf Ibtida’); dan
(ii) Jualan/Wakaf Buku “RADIN UMAR RADIN SOHADI ... SEBUAH MEMOIR”.