SYARAT PERMOHONAN
   
  1. Pelajar Universiti Putra Malaysia yang beragama ISLAM.
  2. Mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat asasi / diploma / ijazah pertama / sarjana.
   
  PANDUAN MENGISI BORANG :
   
  1. Sila isikan semua maklumat dengan jelas dan lengkap.
     
  2. Pastikan dokumen berikut telah disahkan benar sebelum dimuatnaik.
      Salinan kad pengenalan.
      Salinan kad matrik.
      Salinan penyata gaji / penyata pencen / surat pengesahan pendapatan ketua keluarga.
      Salinan penyata mini CIMB / muka depan buku akaun CIMB / Slip Pengesahan Nombor Akaun CIMB (Account Information)
      Salinan keputusan peperiksaan terkini / Surat tawaran kemasukan.
      Salinan lejar pelajar (jika berhutang dengan universiti).
      Salinan surat tawaran praktikal (jika memohon bantuan praktikal / latihan industri).
       
  3. Proses Temuduga Zakat.
    a) Sila tentukan sekurang-kurangnya tiga (3) pilihan Tarikh dan Waktu temuduga zakat semasa mengisi borang.
    b) Anda akan dihubungi bagi memuktamadkan Tarikh dan Waktu proses temuduga.
    c) Sila hadir ke sesi temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan
     
  4. Anda akan menerima keputusan permohonan zakat atas talian dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja  dari tarikh sah permohonan.
     
  PERINGATAN
     
  1. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
     
  2. Anda tidak jujur sekiranya :
    a) Memberikan maklumat palsu ketika memohon bantuan zakat.
    b) Menyalahgunakan wang bantuan setelah berjaya menerimanya.